Apa Itu Enzyme?
Apa Itu Enzyme?
Enzyme adalah protin yang di hasilkan oleh sel di dalam
badan kita dan juga organisma hidup yang lain. Enzyme ini
adalah sejenis protin tersendiri yang mempunyai tugasan yang
tertentu seperti menyusun molekul-molekul, membantu tindakbalas
kimia, memecahkan kompaun menjadi lebih kecil dan menambah
element yang di perlukan oleh kompaun. Secara langsung Ezyme
merupakan pemangkin proses tindakbalas kimia di dalam badan
kita dan menyokong daya hayat hidup kita. Ada banyak jenis
enzyme dan setiap enzyme itu ada fungsinya yang tertentu.
Enzyme perlukan bahan untuk ia membuat kerja atau tindakbalas.
Tanpa bahan yang diperlukan enzyme tidak mempunyai fungsi.

Cara Kerja Enzyme?
Secara umum enzyme merupakan pemangkin untuk tindakbalas
bio-kimia. Sebagai pemangkin ia menaikkan dan menpercepatkan
kadar tindakbalas. Beribu tindakbalas bio-kimia yang berlaku
setiap saat di dalam badan kita tidak dapat berlaku tanpa
enzyme yang merpercepatkan tindakbalas ini.Sebagai contoh,
protin boleh dipecahkan kepada asid amino di dalam makmal tanpa
gunakan enzyme tapi untuk itu ia memerlukan suhu terlampau,
tekanan tinggi dan acid yang kuat dan akan memakan beberapa
jam. Keadaan ini memang amat tidak sesuai pada badan kita.
Sebaliknya dengan enzyme tindakbalas ini boleh dilalkukan dalam
beberapa minit di dalam air pada suhu biasa. Satu lagi sifat
yang unik untuk enzyme ialah ia sendiri tidak berubah atau
musnah dalam proses ia memangkinkan tindakbalas bio-kimia. Oleh
itu dengan penambahan enzyme akan mempercepatkan kadar
tindakbalas bio-kimia.
Dari Mana Enzyme Datang Dan Ke Mana Ia Akan
Pergi?
Enzyme wujud dalam semua makanan mentah. Semua makanan
mentah termasuk daging ada aktiviti enzyme. Sebagai contoh
pisang ada enzyme amylase yang menukarkan kanji kepada glukosa.
Dalam beberapa hari amalyse menukarkan kanji pisang kepada
glukosa dan oleh itu pisang yang bertukar warna kehitaman akan
rasa lebih manis. Kiwi pula mengandungi enzyme bernama
actinidin di mana anda tidak boleh membuat agar-agar dengan
kiwi segar kerana enzyme actinidin ini akan mengelakkan
pembekuan agar-agar.
Memasak atau pemerosesan makanan memusnahkan kegiatan
enzyme. Inilah konsep pengetinan makanan – di mana haba akan
memusnahkan enzyme dan menjadikan makanan dalam tin lebih
tahan. Enzyme boleh hidup di dalam perut pada kadar PH antara
4.5 hingga 5.5 untuk satu jangka waktu dan boleh membantu
pencernaan makanan dalam perut. Binatang dan juga manusia
menghasilkan enzyme dari acid amino. Semakin banyak makanan
mentah yang kita ambil boleh mengurangkan penghasilan enzyme
pencernaan oleh perut kita.
Kitaran enzyme dalam badan melakukan banyak tugas yang lain
seperti membaikpulih dan menjaga kesihatan sel dan badan secara
keseluruhan. Apabila enzyme ini habis jangka hayatnya, enzyme
lain dalam badan akan tukarkannya kepada asid amino dan di
gunakan untuk fungsi yang lain.
Kenapa Anda Perlu Enzyme Produk Sebagai Nutrition
Dan Supplement?
Pencernaan yang sempurna dan teratur menjamin kesihatan yang
menyeluruh. Pengambilan enzyme mendatangkan banyak khasiat
kepada kita terutamanya pada kita yang banyak mengambil makanan
yang di masak atau makanan yang dah di proses oleh kilang.
Banyak pengilang mengelakkan pengunaan enzyme kerana ia
memerlukan pengetahuan sains yang tesendiri dan kepakaran yang
tinggi.
Kenapa Ambil Enzyme Supplement Jika Kita Boleh Ambil
Makanan Mentah?
Boleh! Kita boleh ambil makanan mentah tapi diet seperti ini
amat sukar kita buat atau amalkan. Contoh jika kita ambil
daging mentah kita akan terdedah kepada bakteria yang bertoksik
dan memang tidak sesuai untuk kita. Dan jumlah enzyme dalam
makanan mentah akan mengambil beberapa jam untuk pencernaan
sempurna. Enzyme supplement adalah enzyme yang telah di
padatkan dan jumlahnya amat banyak dan membantu pencernaan
dengan lebih cepat.
|